CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

STADIUM Baru

Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium baru ...ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United

PIALA UNITY PUSINGAN PERTAMA

Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai

SUBRAMANIAM

Cannavaro Kelantan.. Kental pertahankan kubu Kelantan

Nurshahrul Idlan

Lincah dan Penjaring terbaik.. Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011

PEMAIN KE-12

Sokongan padu zaman berzaman

30 Disember, 2011

PIALA UNITY 2 | KELANTAN AKUR


Tahniah kepada skuad Persebaya yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Uniti pertama ini. Pasukan Kelantan terpaksa akur kehebatan pasukan lawan yang dapat bermain baik dalam keadaan padang yang tidak memberi kelebihan kepada Kelantan, namun itu bukanlah alasan untuk ketua jurulatih Kelantan Peter Butler selesa dengan formasi pemain yang jelas masih lagi menampakkan keteidakserasian.


Menjelang pertemuan terakhir siri perlawanan persahabatan terakhir menentang sabtu ini, seluruh penyokong Kelantan berharap kekecewaan mereka terubat selain berharap pemain import berusaha menyakinkan mereka. Keputusan sabtu ini amat penting bagi seluruh pemain Kelantan mempamerkan aksi yang lebih menyakinkan sebelum sepak mula Piala Sumbangsih 7 januari nanti.

PIALA UNITY 1 | MALAM PENUH EMOSI





Kelebihan bermain di hadapan lebih 18,000 penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain Kelantan yang diturunkan, penyudah yang hambar serta dua pemain tewas dengan provokasi pemain lawan sehingga di layang kad merah sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan Kelantan. Kesemua pemain import gagal menyerlahkan aksi seperti yang di harapkan oleh ribuan penyokong yang hadir malah sudah ada yang menyatakan kerisauan dengan prestasi pemain-pemain import ini jika dibanding pemain tempatan yang tetap menyinar.


Mohd Ghaddar, Zakaria Charara dan Danny Antwi masih tercari-cari aksi penyudah serta persefahaman,  mereka belum lagi mampu membayangi kehebatan dua ayam tambatan Kelantan Norshahrul, Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi. Meskipun Kelantan bermain 9 orang pemain, Persebaya pula gagal menggunakan peluang 30 minit akhir ini sebaik mungkin untuk menewaskan pemain yang ada. Gol jaringan melalui rembatan deras Indra Putra pada minit ke 61 berjaya mengembalikan semangat pemain Kelantan sebelum Nik Shahrul Azim merencatkan kembali perlawanan dengan layanan kad merah kedua.
LINCAH.. Andik jaring gol penyamaan


Gol Andik Vermansya pada minit ke 85 dengan gerakan solonya menambah gundah pemain dan penyokong Kelantan. Keputusan muktamad malam tadi, Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai dan akan membuat penghitungan timbal balik di Surabaya 28 disember untuk merebut Piala Uniti.


Perlawanan ini belum mampu menilai tahap sebenar kemampuan pemain-pemain Kelantan? Dengan soalan ini apa sahaja boleh dihuraikan oleh anda. Namun sebagai penyokong fanatik kita harus sentiasa memberi sokongan padu dengan kritikan membina kepada semua pemain supaya mereka dapat memperbaiki segala kelemahan yang didedahkan nanti agar tidak berlaku lagi dalam saingan sebenar Liga Super dan masih terlalu awal meletakkan Kelantan sebagai pencabar utama saingan Piala AFC 2012.


Keyakinan anda adalah tonik semangat kepada pemain yang tidak pernah mengalah ini. The Red Warriors Never Give Up. Go More Kelate Go More.


theredwarriors.com




20 Disember, 2011

Video | SKUAD Olimpik baham Central Coast Mariners FC

SKUAD Olimpik negara menamatkan siri jelajah di Sydney, Australia dengan cemerlang apabila menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC 4-1 pada aksi persahabatan, semalam.
Pada perlawanan di padang Akademi Central Coast Mariners, Mingara itu, skuad kendalian Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi gol penyerang Ahmad Fakri Saarani di minit ke-13 selepas menolak masuk hantaran lintang Mohd Fandi Othman.

18 Disember, 2011

Format Liga Malaysia 2013-2016

Kelana Jaya, 16 Disember 2011, FAM hari telah bersidang dan memutuskan perkara seperti berikut

RW PLUS ENERGY - PENAJA TRW 2012

Ramai yang tertanya-tanya mengenai desas-desus penajaan RW Plus Energy dan ingin mengetahui siapa pemilik syarikat ini yang sanggup berkerah tenaga dan wang ringgit demi menjadi antara penaja utama yang bakal tercetak di jersi The Red Warriors 2012 ini.

Info Stadium Baru

Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan stadium yang ada dan bakal dibangunkan di Kelantan




 1. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV -
Sekarang Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan

Dua Stadium Impian Rakyat Kelantan


Dari akhbar Sinar Harian

"Tunggu dan kelihlah, ado kito gomo gi ado games gak" Inilah antara luahan kebanyakkan rakyat Kelantan di alam maya dan di kedai-kedai kopi ketika membicarakan isu dua stadium yang bakal dibina daripada KAFA dan kerajaan negeri. Mungkin luahan ini saja yang mampu mengurangkan harapan 100% rakyat Kelantan berikan kepada mana-mana pihak yang sedang merancang pembinaan stadium ini.


Happy Penaja Utama Pasukan The Red Warriors Untuk Tahun Kedua




KAFA Turut Ditaja Tujuh Syarikat Lain
Shah Alam, 16 Disember 2011 - happy, satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur, sekali lagi menjadi penaja utama pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kontrak penajaan The Red Warriors bagi tahun yang kedua.

17 November, 2011

Peluang terbaik untuk mara ke separuh akhir- Kim Swee




JAKARTA, (Bernama) - Jurulatih Ong Kim Swee mahu pemainnya berjuang berhabis-habisan ketika menentang Indonesia dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA esok bagi menentukan sama ada skuad negara layak ke separuh akhir.
Malaysia kini berada di tangga kedua dengan mengumpul tujuh mata, mengekori pendahulu kumpulan iaitu tuan rumah yang mempunyai kelebihan dua mata. Skuad negara hanya perlu sekadar seri dan walaupun sekiranya tewas perlu dengan defisit jaringan gol yang kecil. Perlawanan akhir kumpulan tersebut akan diadakan pada 7 malam (waktu tempatan) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan. Saingan terdekat kepada pasukan negara untuk layak ke separuh akhir ialah Singapura yang masih mempunyai peluang sekiranya menang besar dengan Thailand petang esok, yang mana Thailand selaku juara lapan kali tidak lagi mempunyai harapan untuk mara setelah tewas dua kali dan menang sekali sebelum ini. Pada masa yang sama Kim Swee berharap pemainnya mampu menyerap ejekan serta cemuhan penyokong tuan rumah. Beliau juga tidak mahu pemainnya terlampau ghairah mencari gol kemenangan sedangkan seri sahaja dan mendapat satu mata sudah memadai. "Kita tidak diterima dengan cara yang baik oleh penyokong tuan rumah yang sentiasa tidak pernah memihak kepada Malaysia dalam apa-apa acara sekalipun. "Jika kita mahu mengatasi pasukan tuan rumah dan menjaga maruah daripada tercalar, inilah masanya. Apa yang mustahak saya mahu mereka main ikut kekuatan dan strategi bersama," katanya kepada Bernama sebelum melakukan latihan terakhir kepada pemain menjelang perlawanan esok. "Latihan hari ini sekadar untuk memanas badan para pemain. Saya tidak mahu masalah lepas berulang dan mungkin saya akan memperkemaskan lagi barisan pertahanan agar pemain tidak leka dibolosi gol mudah seperti semasa menentang Kemboja tempoh hari," katanya. Kemboja yang dianggap pasukan belasahan berjaya menjaringkan satu gol walaupun Malaysia menang 4-1. Beliau mengakui skuad Indonesia, yang dibimbing Rahmat Dermawan masih merupakan pasukan yang baik. "Kelebihan mereka adalah bermain di tempat sendiri. Namun kita tidak gentar, kita juga ada kelebihan. "Untuk mencapai sasaran ke separuh akhir, saya mahu pemain melupakan segala masalah dan pastikan bermain dengan terbaik. Kita akan mendapat keputusan yang diharapkan jika kita bermain secara berpasukan," katanya.

VIDEO - Perlawanan Persahabatan Antarabangsa MALAYSIA vs India






Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
MALAYSIA 2
- Mohd Sali 45′
- Mohd Sali 60′
vs

INDIA 3
- Sunil Chhetri 39′
- Jeje Lalpekhlua 47′
- Sunil Chhetri 53′

Video penuh : http://bit.ly/rAQaaJ - dari Sokernet.

16 November 2011 / 9mlm
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
MALAYSIA lwn India di Stadium Salt Lake, Kolkata, India.


Pasukan India


02 November, 2011

Piala Emas Raja-Raja 2011

Kuala Lumpur; 16 pasukan bakal memulakan saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November depan.
Kejohanan peringkat awal yang dibahagikan kepada empat kumpulan menyaksikan Kelantan selaku juara 2010 diundi dalam kumpulan D yang turut disertai Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.
Kumpulan A menampilkan Negeri Sembilan selaku tuan rumah kepada Pahang, Kedah serta Singapura.
Terengganu selaku tuan rumah kumpulan B bakal bersaing merebut tempat kesuku akhir bersama ATM, PDRM dan Pulau Pinang.
Sambil kumpulan C terdiri Perak selaku tuanrumah kepada Selangor, Johor, Johor dan MASUM.
Saingan peringkat suku akhir diadakan secara timbal balik pada 3 dan 10 Disember 2011, manakala peringkat separuh akhir juga secara timbal balik pada 17 dan 24 Disember 2011.
Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 dijadualkan 30 Disember 2011.
KUMPULAN ‘A’
1. Negeri Sembilan (Tuan Rumah)
2. Pahang
3. Kedah
4. Singapura
KUMPULAN ‘B’
1. Terengganu (Tuan Rumah)
2. ATM
3. PDRM
4. Pulau Pinang
KUMPULAN ‘C’
1. Perak (Tuan Rumah)
2. Selangor
3. Johor
4. MASUM
KUMPULAN ‘D’
1. Kelantan (Tuan Rumah)
2. Perlis
3. Kuala Lumpur
4. Melaka
Sebagai rekod, Kelantan merupakan pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja apabila 15 kali menjulang Piala Emas Raja-Raja dan termasuk menjuarai kejohanan musim lalu setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir di Kota Bahru.
Memulakan tirai Piala Emas Raja-Raja 2011 adalah perlawanan Piala Agong diantara Kelantan menentang Perlis pada 12 November depan di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bahru, jam 8.45 malam.
Pertandingan Piala Emas Raja-Raja kali ini dijangka bakal menjadi gelanggang pemanas badan bagi pasukan-pasukan yang bakal membawa cabaran pada aksi Liga Malaysia 2012 yang telah pun membuka penyertaan pemain import.

30 Oktober, 2011

Piala Malaysia - Penyu Menangis Rusa Ceria ( video )























Pemain Negeri Sembilan Abdul Halim Zainal mengawal Pemain Terengganu Ashaari Shamsudin
dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor.

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

SHAH ALAM, (D5) - Betul-betul semangat Hobin Jang Hobin! Negeri Sembilan bangkit untuk

menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali

ketiga dalam sejarah penyertaannya dengan membenam Terengganu 2-1 di

Stadium Shah Alam.

Gol kemenangan Sang Rusa dijaringkan Hairuddin Omar pada minit ke-86 menerusi

satu aksi akrobatik.

Ini merupakan gol di tahun ketiganya dalam pentas final Piala Malaysia di mana

sebelum ini berjaya melakukannya bersama pasukan yang sama pada 2009 dan

Kelantan pada 2010.

Bagaimanapun, kerancakan separuh masa pertama oleh kedua pasukan yang

saling melancarkan serangan belum membuahkan hasil sehingga para pemain

menuju ke bilik persalinan.

Penyerang sensasi, Hairuddin Omar memiliki peluang pertama untuk menguji

Sharbinee Allawee seawal minit pertama lagi.

Minit ke-9 S. Kunanlan hampa apabila percubaannya beberapa ela di depan pintu

gol melewati palang sungguhpun hantaran tersebut telah diatur cantik Shukor Adan.

Benteng Terengganu pula mudah panik dalam tempoh 10 minit terawal dengan mudah

menghadiahkan dua sepakan percuma di luar kotak penalti.

Ternyata dua pasukan ini memiliki corak berbeza. Negeri Sembilan mengawal tempo

permainan dengan hantaran-hantaran pendek sementara Terengganu pula mengintai

peluang untuk melancarkan serangan balas.

Tetapi nada permainan mula bertukar apabila pemain-pemain Terengganu semakin

yakin untuk melakukan skil individu.

Bek finalis musim lalu itu, Irwan Fadli Idrus yang kerap naik ke atas mungkin dihukum

seandainya sedikit leka kerana Joseph Kalang Tie dan Ashaari Samsudin saling bertukar

posisi di bahagian berkenaan.

Minit ke-21, Farizal Marlias berdepan ujian dengan merebahkan badan bagi menghalang

percubaan leret Ashaari.

Seminit selepas itu, Abdul Manaf Mamat larian melepasi tiga pertahanan lawan dan

hanya mampu melepaskan keluhan tatkala bola singgah di palang Farizal yang sudah

tertewas.

Perlawanan bertambah rancak apabila Negeri Sembilan mengkucar-kacirkan kubu lawan

di mana pertahanan bergelut untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini, Abdul Hadi Yahaya agak berang dengan

Ashaari yang tidak mengumpan bola kepadanya pada minit ke-38 walaupun berdepan

situasi satu lawan dua.

Aidil Zafuan Abdul Razak kemudian dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Abdul Manaf

betul-betul di luar kotak penalti. Sepakan percuma itu kemudian gagal dimanfaatkan.

Stadium Shah Alam akhirnya bergema dengan sorakan gol pada minit ke-59 selepas

menerusi gerakan licik Abdul Manaf yang disempurnakan Ashaari walaupun cuba dihalang

Qhairul Anwar Roslani.

Idris Karim menjadi acahan pertamanya dari tengah padang dan dia mengambil kesempatan

itu meluru ke arah Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan sehingga berlaku salah faham di antara mereka membuka ruang buatnya menghidu posisi Ashaari yang berada lebih baik daripadanya.

Sedikit kealpaan nyaris menghukum Terengganu dan situasi itu cepat dihidu Sharbinee yang melakukan tindakan berani menghalang Hairuddin yang sudah bersedia menerpa ke arah bola.

Pada minit ke-80, dengan sedikit tuah, Sang Rusa beroleh gol penyamaan di luar jangkaan. Bola yang kelihatan tidak berbahaya dibiarkan melantun masuk ke dalam pintu gol oleh Sharbinee.

Selang enam minit kemudian, Hairuddin meranapkan penantian Terengganu selama 10 tahun dengan jaringan menarik untuk menewaskan Sharbinee buat kali kedua.

Sang Penyu kali ini gagal mengulangi aksi seperti di Piala FA yang lalu apabila buntu memburu gol penyamaan dalam tempoh lima minit masa kecederaan diberikan.


Image © AREP KULAL
Pemain Negeri Sembilan Abdul Halim Zainal mengawal Pemain Terengganu Ashaari Shamsudin dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor.

Nadi Arena


Rangkuman Gol | Negeri Sembilan 2-1 Terengganu


28 Oktober, 2011

Info Piala Malaysia - Pasukan Kedah ( video )


FINAL PIALA MALAYSIA 1990
Bukan 1 pasukan sahaja yang pernah mara ke Final 3 kali berturut.
Ada lagi pasukan lain yang dah mara ke Final 3 kali berturut TERLEBIH DAHULU antaranya:
KEDAH, 4 kali berturut ke Final.

Selepas gagal dalam 3 percubaan berturut-turut di Final menentang Kuala Lumpur pada tahun 1987,88 dan 89. Kedah mencatat sejarah tersendiri buat pasukan tersebut apabila menjuarai Piala Malaysia menewaskan Singapura 3-1 pada tahun 1990 (Final ke-4) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Tarikh 15 Disember 1990 merupakan malam yang tak mungkin dilupakan oleh seluruh peminat bola sepak Kedah & Pasukan bola sepak Kedah pada waktu itu di bawah bimbingan jurulatih Milous Kvacek dan pengurus pasukan Allahyarham Dato' Ahmad Basri Mohd Akil apabila berjaya memenangi Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun.

[Milous+Kvacek.jpg]
Gambar Kiri,Allahyarham Dato' Ahmad Basri. Gambar Kanan
Millious Kvacek, Jurulatih Kedah 1990

Pada malam itu juga Lee Kin Hong diumum kan sebagai “Pemain Terbaik 1990” dan Kedah memenangi “Fair Play Cup”.

Rekod Kedah :
1990 - Kedah 3 – 1 Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989 - Kuala Lumpur 2 – 1 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988 - Kuala Lumpur 3 – 0 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987 - Kuala Lumpur 1 – 0 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

27 Oktober, 2011

Info Piala Malaysia - Tiket Subsidi Perlis

Rekod Piala Malaysia
Final Piala Malaysia 2006 - Perlis lawan N. Sembilan.

Tiket subsidi dari Menteri Besar Perlis.
Menteri Besar Perlis setuju beri subsidi RM10 untuk tiket perlawanan akhir kepada penyokong Pasukan Perlis.
Harga asal tiket sebelum subsidi, RM20.

Gambar dari Kelab Penyokong Perlis Singa Utara




26 Oktober, 2011

Senarai pemain TRW 2012



Mengikut berita yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa (TSAM) beberapa pemain baru telah mengesahkan kedudukan mereka dalam skuad TRW musim 2012 antaranya, 4 dari 6 pemain tempatan dan 3 pemain import luar negara telah disahkan akan menyertai skuad TRW manakala Nurul Azwan Roya masih belum menandatangi kontrak baru walaupun telah diberikan tawaran. Tambah TSAM lagi, skuad TRW musim 2012 merupakan skuad gandingan PENGALAMAN DAN KEREMAJAAN (Matang) .Dimana "Technical skill and speed/pace" diutamakan. RUJUKAN

Berikut adalah senarai terkini pemain yang kekal bersama TRW untuk musim 2012.

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail

Pertahanan
1. S. Subramaniam
2. Rizal Fahmi Rosit
3. Zairul Fitri Ishak
4. Mohamad Abd Aziz
5. Daudsu Jamaludin
6. Nik Shahrul Azim
7. Zamri Ramli
8. Faisham Ismail

Tengah
1. Muhd Badhri Radzi [KP]
2. Shakir Shaari
3. Izuan Salahuddin
4. Khairul Izwan Rosli

Penyerang
1. Norshahrul Idlan Talaha
2. S. Chanturu
3. Ramzul Zahini Adenan
4. Mohd Nizad Ayub
5. Mohd Aris Zaidi





Jurulatih Baru musim 2012


Peter Butler dilantik sebagai ketua jurulatih baru Kelantan 2012 dibantu penolong jurulatih Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin.
-------------------------------
Nama : Peter James Butler
Tarikh Lahir : 27 Ogos 1966
Umur : 45 Tahun
Tempat Lahir : Halifax, England

Kelayakan :
Sijil Kejurulatihan Profesional dari EUFA

Karier Jurulatih :
2000 - 2001 Halifax Town
2001 - 2002 Sorento FC (Australia)
2002 - 2004 Sabah
2004 - 2005 Singapore Armed Forces (Singapura)
2006 - 2008 Persiba Balik Papan (Indonesia)
2009 - 2009 KELANTAN FA
2009 - 2010 Yangoon United FC - technical director - (Myanmar)
2010 - 2011 BEC Tero Sasana (Thailand)
2012 - KELANTAN FA

Info Piala Malaysia - Pasukan Kuala Lumpur ( video )

Bukan 1 pasukan sahaja yang pernah mara ke Final 3 kali berturut.
Ada lagi pasukan lain yang dah mara ke Final 3 kali berturut TERLEBIH DAHULU antaranya :
KUALA LUMPUR

Pertembungan menarik Final 3 kali berturut-turut antara Kuala Lumpur dan Kedah. Ketiga-tiga perlawanan dimenangi oleh Kuala Lumpur.

1989 - Kuala Lumpur 2 – 1 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988 - Kuala Lumpur 3 – 0 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987 - Kuala Lumpur 1 – 0 Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur




Info Piala Malaysia - Pasukan Singapura

Pasukan lain yang mara ke Final 3 kali berturut,
pasukan SINGAPURA

JUARA hatrik 3 tahun berturut kali PERTAMA ialah Pasukan Singapura pada tahun 1923, 1924 & 1925.

1925Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1924Singapura Bendera Singapura1 – 0Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Negeri Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Info Piala Malaysia - Pasukan Perlis


Bukan 1 pasukan sahaja yang mara ke Final 3 kali berturut.Ada lagi pasukan lain yang dah ada mara ke Final 3 kali berturut antaranya
Selangor, Singapura, Kuala Lumpur dan Perlis.

Jejayaan pasukan Perlis pada 2004 begitu unik
kerana gol yang di hasilkan pada minit ke-7 adalah hasil lontaran kedalam sejauh 45 meter oleh pemain Perlis, Andrien Jurad Chamrong yang mengelirukan penjaga gawang Kedah ketika itu, Megat Amir Faisal.

2004 - Perlis (1) - (0) Kedah
2005 - Perlis (1) - (3) Selangor
2006 - Perlis (2) - (1) N. Sembilan

20 Oktober, 2011

DITANGGUHKAN - Kejohanan Futsal Terbuka (TRW LK)



Pertandingan Futsal anjuran TRW-LK/KPPMM ditangguhkan ke tarikh baru iaitu pada bulan Januari 2012. Kepada kumpulan yang telah membuat bayaran, wang anda akan dikembalikan dan pihak urusetia akan menghubungi pihak anda. Berita ini disahkan oleh saudara Jay Suhaimi di Facebook.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More