CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

STADIUM Baru

Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium baru ...ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United

PIALA UNITY PUSINGAN PERTAMA

Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai

SUBRAMANIAM

Cannavaro Kelantan.. Kental pertahankan kubu Kelantan

Nurshahrul Idlan

Lincah dan Penjaring terbaik.. Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011

PEMAIN KE-12

Sokongan padu zaman berzaman

31 Disember, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalaimualaikum dan salam sejahtera buat semua pendengar-pendengar setia TRWFM.Di kesempatan ini,TRWFM  mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan-rakan sama ada yang pernah bersua dan juga yang belum bersua.

Kepada rakan-rakan penyampai TRWFM ,sekalung budi dan sejuta terima kasih diatas curahan bakti yang tidak ternilai untuk dihitung selama ini.
Alhamdulillah tahun 2010 merupakan tahun yang baik bagi peminat-peminat sukan bola sepak negara dan juga Kelantan.Diperingkat negara kita berjaya memenangi pingat emas di sukan SEA  dan Juara Piala AFF buat julung kalinya.
Di Kelantan sejarah tercipta buat pertama kalinya apabila Pasukan Kelantan berjaya bergelar juara apabila menewaskan N.Sembilan 2-1 dalam aksi final Piala Malaysia di Bukit Jalil.Kelantan juga berjaya membawa pulang kembali Piala Emas Raja-raja di bumi Kelantan.Malah,Kelantan juga merupakan juara sulong Piala Muhibbah Dato Sri Shahidan Kassim yang diadakan di Kota Bharu awal tahun 2010.
Malah,satu sejarah yang tercipta dan harus dibanggakan oleh semua penyokong bola sepak Kelantan pada 2010 ialah apabila lahirnya radio yang pertama milik persatuan sukan iaitu TRWFM.Inilah satu-satunya radio online yang diiktiraf oleh Guinness Book Of Record sebagai yang pertama milik persatuan sukan.Taniah buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) .
Namun begitu harus diingat,TRWFM lahir adalah di atas semangat  Wira-Wira Merah.TRWFM pada hakikatnya bukan milik KAFA,bukan Milik Tan Sri Presiden, dan bukan juga milik pengurus TRWFM dj Bro Sham tetapi milik semua Wira Merah yang berada di seluruh pelusuk dunia.
Oleh demikian marilah kita semua bersatu dan eratkan perpaduan  dengan sama-sama menjaga dan menyanyangi TRWFM tanpa berbelah hati.Berikan sokongan yang padu,sebagaimana kita berikan sokongan yang berterusan kepada pasukan kesayangan kita The Red Warriors.
TRWFM   percaya andaikata kita  dapat bersatu dengan lebih erat,insyaAllah sejarah yang akan tercipta di bumi Kelantan pada 2011 lebih hebat dari tahun 2010.
Marilah sama-sama kita menjadikan TRWFM sebagai medan untuk  memperatkan perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan merintis kejuaraan untuk bergelar sang juara sepanjang zaman.

Untuk mendengar TRWFM bolehlah klik:

http://trwfmradio.blogspot.com/

http://apps.facebook.com/trwfmlivestream/

http://72.20.10.52:8000/listen.pls



Akhir kata,Selamat menyambut Tahun Baru 2011.
YANG IKHLAS
DjSebetulnya
(Pengurus Unit Operasi TRWFM)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More