CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

STADIUM Baru

Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium baru ...ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United

PIALA UNITY PUSINGAN PERTAMA

Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai

SUBRAMANIAM

Cannavaro Kelantan.. Kental pertahankan kubu Kelantan

Nurshahrul Idlan

Lincah dan Penjaring terbaik.. Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011

PEMAIN KE-12

Sokongan padu zaman berzaman

10 Januari, 2011

Arkib Berita Utusan

SUKAN

ARKIB : 23/05/2010

Kafe, radio internet KAFA

Ahmad Shabery Cheek (kanan) bersama Annuar Musa dan Siti Hamidah Hamad menunjukkan barangan cenderahati pada majlis pelancaran kafe dan radio Internet The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.
“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.
“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.
Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.
Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.
“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.
“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.
Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.
Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.
“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.
“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More