CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

STADIUM Baru

Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium baru ...ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United

PIALA UNITY PUSINGAN PERTAMA

Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai

SUBRAMANIAM

Cannavaro Kelantan.. Kental pertahankan kubu Kelantan

Nurshahrul Idlan

Lincah dan Penjaring terbaik.. Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011

PEMAIN KE-12

Sokongan padu zaman berzaman

16 Julai, 2011

Harimau Malaya tagih sokongan padu peminat



NADA kecewa disuarakan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini. Bukan kerana pengurus Liverpool, Kenny Dalglish sudah pulang awal ke England tetapi Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketika Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.

“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.

“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arsenal pun mampu tewaskan pasukan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada skuad negara sendiri,” tegas Rajagobal.

Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.

( Berita dari Kosmo! )

MALAYSIA LWN ARSENAL - 1996

___________________________________________________



Radio TRW FM - together we go more

Radio Online Rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More