Dari akhbar Sinar Harian |
Apa yang penting mereka semua bersetuju dan menyokong penuh pembinaan stadium. Jika dilihat pada sejarah stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dibina sudah hampir mencecah 45 tahun ini, fungsinya sudah melepasi tahap kegunaan sesebuah stadium dengan pelbagai aktiviti dan acara dilangsungkan dalam stadium ini. Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium atau lebih stadium baru memandangkan kemajuan sukan dan popularasi rakyat Kelantan makin meningkat selain kesetiaan penyokong Kelantan ini telah menyaksikan penyokong Kelantan menjadi penyumbang terbesar tiket Liga Malaysia iaitu 40% daripada kutipan keseluruhan tiket FAM 2011 yang dianggar mencecah lebih RM1.5 juta.
Malah sudah ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United, bagi pemerhati bolasepak Kelantan ianya bukan satu perkara yang pelik kerana Kelantan pernah memiliki banyak pasukan yang cemerlang serta digeruni lawan sebelum ini seperti pasukan JKR Kelantan, TNB Kelantan, PKINK, SKMK dan lain-lain. Tidak mustahil akan wujud dua pasukan yang kuat mewakili Kelantan dengan dua stadium tuan rumah yang berbeza. Perkembangan ini juga diharap dapat membuka mata kepada semua pelabur dan pemaju untuk menjadikan sebuah stadium impian menjadi kenyataan dalam tempoh 2-5 tahun akan datang. Pahat sudah berbunyi, kini tibalah tukul saling menyiapkannya.
Info Stadium:
1. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV -
Sekarang Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.
2. Stadium Red Warriors - Baru (Nama stadium belum disahkan)
Stadium Red Warriors itulah nama yang dipilih oleh kerajaan negeri Kelantan untuk stadium baru yang dianggar berharga RM120 juta dan boleh memuatkan l40,000 penonton, fasiliti terkini, kemudahan kompleks sukan lain dan ruang solat yang lebih besar. Tapak yang dicadangkan di Bukit Merbau Pasir Putih Kelantan.
3. Stadium Sultan Muhammad ke 5 - Baru (Nama gelaran dicadangkan THE FORTRESS)
Gambar sekadar lakaran sahaja (Bukan gambaran sebenar rekaan yang dirancang) |
Status Facebook Tan Sri Annuar Musa: > Mari kita berangan.....STADIUM KITA NAMANYA "STADIUM SULTAN MUHAMAD V"-home of the REDWARRIORS .....NICKNAME STADIUM KITA "THE FORTRESS".....konsep rekabentuk modern contemporary...high-tech materials..berbumbung sepenuhnya...tempat duduk 40,000..dilengkapi WARRIORS MALL,HALL OF FAME,4 surau,CAFES,PLAYERS SUITES,CORPORATE BOX,BANQUET HALL,SEMINAR ROOMS,WARRIORS SPA,SPORTS THERAPY CENTRE..etc etc
Status Facebook Tan Sri Annuar Musa. > Pukul 4 ptg ni bersambung lagi presentasi reka bentuk THE FORTRESS..SILA KEMUKA PENDAPAT ANDA...APA YG ANDA MAHU LIHAT ADA PADA STADIUM BARU TRW...munkin pandangan anda boleh membantu rekabentuk yg lebih functional lagi...TRW...team kita..stadium kita...!!
Bagi seluruh pemerhati dan penyokong bolasepak Kelantan, mereka melihat isu ini dengan positif dan bersyukur bolasepak Kelantan kini sudah memasuki era urbanisasi dan revolusi ke arah bolasepak eropah. Dikala pasukan-pasukan negeri lain dalam Liga Malaysia masih lagi memikirkan mensubsidi tiket stadium dan stadium untuk menarik jumlah kehadiran penyokong ke stadium, di Kelantan jumlah kehadiran bukan lagi masalah besar bagi mereka kapasiti stadium melebihi permintaan yang ingin diselesaikan oleh KAFA dan kerajaan negeri.
Kerancakan bolasepak Kelantan ini merupakan kebanggaan yang tidak ada di negeri lain sejak 3-5 tahun yang lalu malah kerancakan ini makin luar biasa di Kelantan. Fenomena awang import mungkin akan menambah lagi keghairahan rakyat Kelantan untuk menonton secara dekat kesemua pemain Kelantan yang dikhabarkan tiada lagi diklasifikasikan sebagai kesebelasan utama kerana semua pemain boleh disenaraikan sebagai pemain utama dalam setiap perlawanan selain Kelantan akan mengharungi saingan AFC buat julung kali dalam sejarah penubuhannya.
Namun sedikit teguran untuk penyokong Kelantan supaya tidak mengulangi kesalahan yang ditegah oleh KAFA, FAM, AFC dan FIFA, diharap tidak berlaku penyokong Kelantan bakal didenda AFC pula. Sekarang bukan lagi masa rakyat Kelantan dibuai angan-angan politik semasa, bagi mereka ada duit jalan saja kalau tiada wang baik diam. GOMO KELATE GOMO.....Semoga impian stadium baru ini menjadi kenyataan........InsyaAllah...Amin - theredwarriors.com
0 comments:
Catat Ulasan