CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

18 Disember, 2011

Happy Penaja Utama Pasukan The Red Warriors Untuk Tahun Kedua




KAFA Turut Ditaja Tujuh Syarikat Lain
Shah Alam, 16 Disember 2011 - happy, satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur, sekali lagi menjadi penaja utama pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kontrak penajaan The Red Warriors bagi tahun yang kedua.



Penajaan untuk tahun kedua ini meliputi kesemua perlawanan pasukan The Red Warriors di dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih untuk musim 2012.
Perjanjian antara kedua belah pihak telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang diadakan di Shah Alam hari ini. happy telah diwakili oleh Cheng Weng Hong, Ketua Pemasaran happy manakala KAFA diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Tuan Haji Azman Bin Ibrahim dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Annuar Hj Musa selaku Presiden KAFA.
Dimajlis ini juga, KAFA telah menandatangani perjanjian penajaan bersama tujuh syarikat yang lain seperti Alhamra, Masterskills, RW Plus Energy, Sinar Harian, Umbro, Warriors dan Yusmira.Menurut Cheng, "Pengalaman positif bekerjasama dengan KAFA dan pasukan bola sepak Kelantan sepanjang tahun 2011 telah mendorong kami di Happy untuk berganding bahu sekali lagi dalam meningkatkan prestasi sukan bola sepak di Malaysia khususnya bagi pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yang telah berjaya menjadi juara Liga Super musim lalu.

"Untuk musim akan datang ini, happy akan memeriahkan lagi suasana dengan menawarkan bonus istimewa kepada setiap ahli pasukan The Red Warriors untuk setiap perlawanan yang mereka menangi. Insentif ini adalah komitmen happy kepada pasukan bolas sepak Kelantan dan berharap ianya dapat menyuntik semangat setiap pemain dan terus bekerja keras untuk mencapai kemenangan," tambah Cheng.
Seperti penajaan sebelum ini, happy juga akan terus menyokong program pembangunan bola sepak remaja negeri Kelantan melalui program Akademi Alhamra Red Warriors yang diterajui oleh KAFA. Sejak ianya ditubuhkan pada awal tahun ini, seramai 240 orang remaja dibawah umur 17 tahun telah diberi latihan bola sepak oleh jurulatih-jurulatih yang dipilih khas oleh KAFA di akademi tersebut.


YBhg Tan Sri Annuar Musa turut berkata, "kami amat berbangga apabila happy bersetuju untuk terus menyokong pasukan The Red Warriors untuk tahun kedua. Kolaborasi antara kedua belah pihak pada musim lepas telah banyak membantu KAFA dalam membangunkan sukan bolasepak di negeri Kelantan serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan generasi muda untuk memperkasakan lagi pasukan The Red Warriors. Kami berharap kerjasama antara kedua belah pihak pada musim ini akan terus  membuahkan hasil yang positif untuk semua yang terlibat".
Seperti musim lalu, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan untuk membawa kemeriahan bola sepak kepada masyarakat negeri Kelantan. Untuk tahun 2012, para peminat The Red Warriors yang juga pengguna perkhidmatan prabayar happy boleh mengundi untuk membawa pemain pilihan mereka melawat ke sekolah atau komuniti mereka.
Untuk menguatkan lagi semangat para penyokong pada hari-hari perlawanan, pengguna perkhidmatan happy akan berpeluang untuk membuat panggilan dan menghantar SMS secara percuma kepada pelanggan happy yang lain. Mereka juga akan menerima berita-berita terkini dan eksklusif KAFA yang sentiasa dikemas kinikan.


Mengenai happy prepaid:
Dilancarkan pada tahun 2007, happy prepaid kini merupakan jenama mudah alih prabayar Malaysia yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur dan boleh diperolehi dari wakil-wakil jualan terpilih. Di pasaran lain, happy dijual di www.happy.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azlyn Abdul Rahman 016 336 3327


sumber : theredwarriors.com

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More