CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

18 Disember, 2011

RW PLUS ENERGY - PENAJA TRW 2012

Ramai yang tertanya-tanya mengenai desas-desus penajaan RW Plus Energy dan ingin mengetahui siapa pemilik syarikat ini yang sanggup berkerah tenaga dan wang ringgit demi menjadi antara penaja utama yang bakal tercetak di jersi The Red Warriors 2012 ini.



RW Plus Energy adalah sebuah syarikat beralamat di Tanah Merah Kelantan membekal dan mengedar air mineral yang ditambah tenaga. Syarikat ini dimiliki oleh Norashikin Che Omar (gambar: tengah) dan rakan-rakan.
Puan Norashikin Che Omar, mungkin ramai yang sudah mengenali srikandi The Red Warriors yang begitu aktif serta komited dalam mengadakan program bersama komuniti di sekitar lembah Klang sewaktu bersama kelab-kelab penyokong Kelantan dulu.
Menceritakan pengalamannya, beliau kini dengan semangat yang membara untuk terus menabur bakti pada skuad kesayangannya, Puan Norashikin bersama rakan memasang tekad untuk menjadi penaja utama. Idea bermula daripada berbual kosong sambil minum di sebuah restoran, Puan Norashikin mengumpul segala kemampuan kewangan yang ada bersama rakan untuk menjadikan sebuah impian jadi kenyataan.
Puan Norashikin ketika ditemui memberitahu "kami merasa bangga kerana RW Plus Energy terpilih antara penaja utama KAFA meskipun pada awalnya permohonan ini melalui proses pemilihan yang sukar daripada pihak KAFA. Saat-saat yang dinantikan oleh kami telah pun tiba. Kami bukan sahaja menaja pasukan The Red Warriors 2012 dengan produk kami, kami juga berharap peminat The Red Warriors dapat bersama kami menyumbang kepada KAFA dengan membeli air mineral semulajadi ini pada harga pengenalan yang ditawarkan untuk 500ml dengan harga RM2.00 , ianya berbeza jika anda membeli air mineral lain yang tidak menyumbangkan kepada KAFA. Kami juga menawarkan komisen yang berpatutan sekiranya ada rakan niaga berminat menjual produk kami."
Nantikan kemunculan produk ini bersama kemunculan The Red Warriors 2012. Semoga semangat yang ditunjukkan barisan pemilik syarikat ini menjadi pendorong lebih ramai anak muda sedia menjadi penaja dan berbakti kepada bolasepak Kelantan mengikut kemampuan mereka. Semoga The Red Warriors terus cemerlang dan gemilang.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Norashikin (014-265 1578)
sumber : theredwarriors.com

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More