JAKARTA, (Bernama) - Jurulatih Ong Kim Swee mahu pemainnya berjuang berhabis-habisan ketika menentang Indonesia dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA esok bagi menentukan sama ada skuad negara layak ke separuh akhir. Malaysia kini berada di tangga kedua dengan mengumpul tujuh mata, mengekori pendahulu kumpulan iaitu tuan rumah yang mempunyai kelebihan dua mata. Skuad negara hanya perlu sekadar seri dan walaupun sekiranya tewas perlu dengan defisit jaringan gol yang kecil.Perlawanan akhir kumpulan tersebut akan diadakan pada 7 malam (waktu tempatan) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.Saingan terdekat kepada pasukan negara untuk layak ke separuh akhir ialah Singapura yang masih mempunyai peluang sekiranya menang besar dengan Thailand petang esok, yang mana Thailand selaku juara lapan kali tidak lagi mempunyai harapan untuk mara setelah tewas dua kali dan menang sekali sebelum ini.Pada masa yang sama Kim Swee berharap pemainnya mampu menyerap ejekan serta cemuhan penyokong tuan rumah.Beliau juga tidak mahu pemainnya terlampau ghairah mencari gol kemenangan sedangkan seri sahaja dan mendapat satu mata sudah memadai."Kita tidak diterima dengan cara yang baik oleh penyokong tuan rumah yang sentiasa tidak pernah memihak kepada Malaysia dalam apa-apa acara sekalipun. "Jika kita mahu mengatasi pasukan tuan rumah dan menjaga maruah daripada tercalar, inilah masanya. Apa yang mustahak saya mahu mereka main ikut kekuatan dan strategi bersama," katanya kepada Bernama sebelum melakukan latihan terakhir kepada pemain menjelang perlawanan esok."Latihan hari ini sekadar untuk memanas badan para pemain. Saya tidak mahu masalah lepas berulang dan mungkin saya akan memperkemaskan lagi barisan pertahanan agar pemain tidak leka dibolosi gol mudah seperti semasa menentang Kemboja tempoh hari," katanya. Kemboja yang dianggap pasukan belasahan berjaya menjaringkan satu gol walaupun Malaysia menang 4-1.Beliau mengakui skuad Indonesia, yang dibimbing Rahmat Dermawan masih merupakan pasukan yang baik."Kelebihan mereka adalah bermain di tempat sendiri. Namun kita tidak gentar, kita juga ada kelebihan."Untuk mencapai sasaran ke separuh akhir, saya mahu pemain melupakan segala masalah dan pastikan bermain dengan terbaik. Kita akan mendapat keputusan yangdiharapkan jika kita bermain secara berpasukan," katanya.
Information in this blog was provided by many different people. While we try to keep it accurate and up-to-date, we cannot guarantee that it always will be. If you see something in the articles that should be corrected or updated, send email to the address on this blog. Be sure to give the full URL of the article in your message. Unless otherwise noted, the blog information may not represent official statements or views of TRWFM, TRWC and KAFA. Use the information here at your own risk. This WEB is best viewed by Mozilla Firefox and Chrome.
SILA KLIK IKLAN YANG TERPAPAR DI BLOG INI.SEKALI KLIK BERMAKNA ANDA TELAH MENYUMBANG RM0.001 SEN KEPADA KAMI.TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.SUMBANGAN INI,BERTUJUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS SIARAN.TERIMA KASIH
0 comments:
Catat Ulasan