CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

30 Disember, 2011

PIALA UNITY 1 | MALAM PENUH EMOSI





Kelebihan bermain di hadapan lebih 18,000 penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain Kelantan yang diturunkan, penyudah yang hambar serta dua pemain tewas dengan provokasi pemain lawan sehingga di layang kad merah sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan Kelantan. Kesemua pemain import gagal menyerlahkan aksi seperti yang di harapkan oleh ribuan penyokong yang hadir malah sudah ada yang menyatakan kerisauan dengan prestasi pemain-pemain import ini jika dibanding pemain tempatan yang tetap menyinar.


Mohd Ghaddar, Zakaria Charara dan Danny Antwi masih tercari-cari aksi penyudah serta persefahaman,  mereka belum lagi mampu membayangi kehebatan dua ayam tambatan Kelantan Norshahrul, Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi. Meskipun Kelantan bermain 9 orang pemain, Persebaya pula gagal menggunakan peluang 30 minit akhir ini sebaik mungkin untuk menewaskan pemain yang ada. Gol jaringan melalui rembatan deras Indra Putra pada minit ke 61 berjaya mengembalikan semangat pemain Kelantan sebelum Nik Shahrul Azim merencatkan kembali perlawanan dengan layanan kad merah kedua.
LINCAH.. Andik jaring gol penyamaan


Gol Andik Vermansya pada minit ke 85 dengan gerakan solonya menambah gundah pemain dan penyokong Kelantan. Keputusan muktamad malam tadi, Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai dan akan membuat penghitungan timbal balik di Surabaya 28 disember untuk merebut Piala Uniti.


Perlawanan ini belum mampu menilai tahap sebenar kemampuan pemain-pemain Kelantan? Dengan soalan ini apa sahaja boleh dihuraikan oleh anda. Namun sebagai penyokong fanatik kita harus sentiasa memberi sokongan padu dengan kritikan membina kepada semua pemain supaya mereka dapat memperbaiki segala kelemahan yang didedahkan nanti agar tidak berlaku lagi dalam saingan sebenar Liga Super dan masih terlalu awal meletakkan Kelantan sebagai pencabar utama saingan Piala AFC 2012.


Keyakinan anda adalah tonik semangat kepada pemain yang tidak pernah mengalah ini. The Red Warriors Never Give Up. Go More Kelate Go More.


theredwarriors.com




0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More