CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

08 Oktober, 2011

Perlawanan Persahabatan - Red Warriors 1-3 Songkhla FC

Red Warriors gagal memanfaatkan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 3-1 kepada kelab dari Thailand, Songkhla FC malam tadi.


Perlawanan persahabatan itu yang diperkuatkan oleh empat orang pemain import dan dibarisi beberapa orang pemain simpanan, Red Warriors mendahului Songkhla FC seawal 30 saat selepas sepak mula, Chikundi Mpulula meletakkan kelantan di hadapan akibat dari kesilapan pemain Songkhla FC yang gagal menahan bola dengan baik dan satu sepakan yang padu menewaskan penjaga gol Songkhla FC, Adirek Maneekow.
Walaupun tewas, kami yakin Red Warriors mampu memberikan tentangan hebat kepada Pasukan Terengganu Isnin ini. Lagi pun malam tadi Mat Yo dan Apek bersama skuad kebangsaan menentang Australia. Tahniah dan Terima kasih kepada anda yang hadir ke stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan kita tak kira menang atau kalah. Together we go more!

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More