CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

07 Oktober, 2011

Red Warriors ketujuh terbaik carta IFFHS

KELANTAN membuktikan kehebatannya apabila tersenarai ranking ketujuh terbaik negara Asean dalam carta International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kedudukan yang diberikan IFFHS itu berita menggembirakan bagi seluruh warga kerja Kafa dan penyokong Kelantan dan mahu prestasi lebih baik dapat dihasilkan dengan menambah lebih banyak koleksi kejayaan pada masa akan datang.


“Kita hargai ranking yang diberikan IFFHS terhadap Kelantan apabila meletakkan Kelantan di tempat ketujuh terbaik di Asean dan tempat ke-317 kelab terbaik dunia.

“Saya lihat usaha Kafa membangunkan bola sepak di Kelantan bukan hanya dibuktikan dengan kejayaan Red Warriors menjulang beberapa piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia tetapi juga diktiraf oleh IFFHS,” katanya ketika dihubungi, semalam.


IFFHS adalah organisasi diperakui oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan ia diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak di seluruh dunia. Menurut Annuar, ranking yang diberikan IFFHS itu seharusnya membuka mata pengurusan dan pemain Kelantan untuk terus beraksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim ini dan musim akan datang.


Malah, katanya, Kelantan wajar berbangga dengan penampilan mantap dalam Liga Malaysia musim ini.


Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More