CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

09 Oktober, 2011

Baiki Struktur Liga

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa memberitahu tahap liga tempatan perlu diperbaiki bagi mengelak jurang besar dengan pasukan negara lain.

Kekalahan besar 5-0 kepada Australia pada pertemuan persahabatan kelmarin membuktikan segalanya apabila pemain Harimau Malaya mudah diperkotak-katikkan skuad kendalian Holger Osieck itu.

“Saya melihat kita perlu berani memperbaiki tahap liga tempatan terlebih dahulu. Kita kena tahu kedudukan Malaysia dengan pasukan seperti Jepun dan Australia. Kalau diperhatikan, asas permainan bola sepak tempatan terlalu jauh ketinggalan. Kekalahan ini sudah cukup untuk membuka mata pemimpin sukan negara mengkaji perkara ini secara lebih mendalam.

“Tidak ada guna kalau kita mengeluh dan marahkan jurulatih sedangkan para pemain tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya

Annuar berkata, mereka perlu menyemak penarafan liga dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana Liga Malaysia diletakkan dalam kategori keempat berbanding Liga Jepun, Australia dan Korea Selatan diberi penarafan yang pertama.

“Bukan semua pemain Jepun, Korea Selatan atau Australia bermain di Eropah. Kalau hendak menjadikan liga domestik bermutu, kita perlu berani mencuba. Saya cadangkan kita lakukan perubahan lebih drastik terhadap liga kita pada musim depan,” katanya.

-Mengikut ranking Persekutuan Bola Sepak Antarangsa (Fifa), pasukan Malaysia kini menghuni kedudukan ke-147 dunia. - Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More