CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

05 September, 2011

Info Ringkas Sebelum Wisel Mula



Kumpulan C
Sarawak vs Kelantan
Stadium Negeri Kuching
8.15 malam l 6 September 2011 l Selasa





Sarawak
Bujang senang kembali memeriahkan siangan Piala Malaysia musim ini. Tahun lepas pasukan Serawak tidak beraksi dalam Piala Malaysia.
Skuad kendalian Robert Albert dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana.
Pasukan Merah hitam ini,menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kedua dengan pemainnya yang berjesi nombor 10 Bobby Gonzales menjadi penjaring terbanyak di Liga Perdana dan penjaga gawang mereka, Aidil Mohd tidak pernah bolos dalam 11 perlawanan.


Bobby Gonzales
Penjaring terbanyak Liga Perdana


Kelantan
Juara Liga Super akan terbang ke Kuching tanpa kelibat penjaga gawang sensasi, Khairul Fahmi "Apek". Shahrizan (Mat Shah), yang mempunyai rekod cemerlang sewaktu bersama Selangor dahulu dan beraksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia bersama Kelantan di beri kepercayaan untuk mengawal gawang pasukan Kelantan. Dengan kehadiran semula penyerang berbisa yang juga antara penjaring terbanyak Liga Super, Mat Yo selepas pulih dari kecederaan dan ditambah dengan beberapa orang pemain yang pernah mewakili Negara, Pasukan Kijang dilihat tiada masalah untuk mencuri tiga mata dari Sang Buaya (Bujang Senang).
The Red Warriors berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun apabila buat julung kalinyanya bergelar juara Piala Malaysia setelah menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2-1 tahun lalu.
Kelantan merupakan pasukan pilihan untuk sekali lagi bergelar Juara Piala Malaysia tahun ini.

Mat Yo - antara penjaring terbanyak Liga Super




0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More