CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

29 Julai, 2011

Rajagobal Puas Hati




KUALA LUMPUR – Biarpun gagal mara ke pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, aksi cemerlang yang dipersembahkan oleh seluruh skuad kebangsaan wajar diberi pujian.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal berkata secara kesuluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang berkerja keras namun menganggap nasib tidak menyebelahi Malaysia.

Malaysia gagal bangkit untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia biarpun seri 1-1 untuk menjadikan agregat 4-6.

“Pemain saya telah bermain dengan baik dan mereka dilihat tidak menghampakan sokongan ribuan penyokong negara yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini..

“Sepatutnya kita boleh menang malam ini kerana terdapat beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan oleh pemain kita namun saya tetap berbangga dengan kebangkitan pemain memperolehi gol pertama pada babak kedua perlawanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu.

Rajagobal berkata penjaga gawang gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah menunjukan aksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan bahaya daripada Singapura.

“Kesungguhan Khairul Fahmi dan seluruh pasukan harus diberi pujian,” katanya.

Sementara, ketua jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berkata beliau dengan pencapaian pemain untuk mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.

“Punca kejayaan adalah disiplin dan permainan cemerlang yang ditunjukkan oleh oleh semua pemain.

“Ini bukan kali pertama kami bermain di hadapan begitu ramai penonton. Kami mempunyai banyak pengalaman dan tidak gentar bermain di hadapan penyokong Malaysia,” katanya. – BERNAMA


___________________________________________________


Radio TRW FM - together we go more

Radio Online Rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More