CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

29 Julai, 2011

APA RANCANGAN SETERUSNYA

Tiga pasukan teratas Liga Super 2011 terbukti mempunyai beberapa orang pemain berpotensi untuk menyaingi pemain-pemain lawan di peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan barisan pemain inilah yang mampu menahan asakan dan mampu bersaing dengan pasukan Chelsea dalam perlawanan persahabatan.

Tapi dimana mereka?



Rugi kerana kita mempunyai beberapa pemain terbaik dalam Liga Super 2011, seperti :

- Abdul Hadi Yahya 20 Gol (Terengganu)

- Norshahrul Idlan Talaha 19 Gol (Kelantan)

- Abdul Manaf Mamat 13 Gol (Terengganu

- Mohd Badhri Radzi (Kelantan), Ashaari Shamsuddin (Terengganu), Indra Putra Mahayuddin (T-Team) masing-masing 10 Gol.

...mana belang tarung mereka ?? mana zonan zinan ... kehkeh

Barang yang lepas usah dikenang, Kalau dikenang merajuklah hati.. cewaaahh!!

Rasanya dah banyak pengajaran yang kita dapat. Dulu kalah kepada China 5-1 dan Uzbekistan 5-0 dalam Piala Asia 2007 disebabkan oleh pemain-pemain berstatus bintang, glamer yang dilatih oleh Norizan Bakar.



Pasukan malam tadi bukanlah pasukan projek untuk piala dunia 2014. Pasukan malam tadi adalah pasukan projek Dato k.Rajagopal dan pengurusan FAM sahaja yang tahu. Atau mungkin untuk Piala Asia 2015 ?.

Jadi untuk Piala Dunia 2018 FAM kena mulakan dari sekarang,

mungkin pemain yang berada di Slovakia yang akan jadi skuad projek Piala Dunia 2018 ??



Ingat, pasukan kita telah menjuarai Piala ASEAN 2011, dan pemain-pemain tersebut lagi sekali diberikan kepercayaan oleh Datuk K Rajagopal. Kalah malam tadi jadikan pengajaran dan pengalaman berguna untuk pasukan dan kita semua. Bangkit dan berani untuk menerima kegagalan.. Tahniah untuk skuad HARIMAU MALAYA yang telah berusaha sedaya upaya dan seluruh penyokong setia.

Target seterusnya Olimpik 2012 & Piala Asia 2015.



___________________________________________________


Radio TRW FM - together we go more

Radio Online Rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan


0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More