CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

23 Januari, 2012

Dua kelab Manchester gah mendominasi liga

DUA kelab Manchester terus mendominasi tangga teratas Liga Perdana Inggeris setelah berjaya memenangi perlawanan masing-masing malam tadi.

Manchester City terus gah berada di persada liga setelah berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs 3-2 hasil jaringan Samir Nasri (56') Lescott (59') dan Mario Balotelli (90') meskipun Spurs memberi tentangan hebat dengan gol dari Jermaine Defoe (60') dan Gareth Bale (65').

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan dan membolehkan City menjaringkan gol kemenangan.

Dalam perlawanan lain, Arsenal gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tunduk kepada Manchester United 2-1.

United memperolehi jaringan awal pada separuh masa pertama menerusi Antonio Valencia pada minit ke-45 separuh masa pertama.

Robin Van Persie menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 namun begitu jaringan tersebut tidak mematahkan semangat United apabila Danny Welbeck menyumbat masuk gol kemenangan pada minit ke-81.

Chelsea pula terus kempunan untuk mendapatkan mata penuh apabila mensia-siakan peluang menentang Norwich City yang baru dinaikkan ke Liga Perdana musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tujuh gol terhasil dalam perlawanan di antara Fulham dan Newcastle yang menyaksikan anak buah Alan Pardew dibelasah 5-2 di Craven Cottage.

Dalam perlawanan tersebut, Chris Dempsey menjadi wira Fulham apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-59, 65, dan 89 manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Danny Murphy (52') dan Bobby Zamora (68').

Kenny Dalglish terus dirundung malang apabila Liverpool tewas kepada kelab bawahan, Bolton dengan keputusan 3-1 di Stadium Reebok.

Gol Bolton dijaringkan oleh Mark Davies (4'), Nigel Reo-Coker (29') dan Steinsson (50') manakala gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Craig Bellamy pada minit ke-37.

-sinar harian/sukan

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More