CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

22 September, 2011

Hanya Wanita dan Kanak-kanak sahaja di benarkan ke Stadium.

Perhatian untuk semua penyokong pasukan bolasepak di Malaysia. Ambil iktibar dari berita ini.


Persatuan Bola Sepak Turki mengumumkan tiket percuma akan diperuntukkan kepada wanita dan kanak-kanak bagi semua perlawanan liga untuk mengurangkan keganasan sewaktu perlawanan.

Pengumuman itu datang sehari selepas lebih dari 41.000 wanita dan kanak-kanak berpusu-pusu untuk melihat Manisaspor menentang Fenerbahce di Istanbul.
Perlawanan telah dijadualkan dimainkan di stadium kosong sebagai hukuman bagi tingkah laku penyokong sukar dikawal.

Fenerbahce diperintahkan untuk bermain dua perlawanan di tempat sendiri tanpa penonton selepas penyokong masuk kedalam padang semasa perlawanan persahabatan menentang juara Ukraine Shakhtar Donetsk pada bulan Julai.

Rancangan untuk memperuntukkan tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak di bawah 16 tahun merupakan "keputusan bersejarah" buat Persatuan Bola Sepak Turki.



1 comments:

bakpo wak gitu nyoh...ko POLIS kat TURKEY nakut...haha...kesie ko sep sep jate ...keno bayar..huhuh

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More