CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

28 Ogos, 2011

PINDAAN JADUAL PIALA MALAYSIA SELEPAS AIDILFITRI


KEPUTUSAN meminda tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.Demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad .

Keputusan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut disebabkan ia bertembung dengan tarikh aksi persahabatan Harimau Malaya dengan pasukan kebangsaan Australia pada 7 Oktober depan.

Azzuddin berkata, mesyuarat yang akan diadakan itu akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan jadual perlawanan yang diadakan ataupun untuk meminda tarikh pertandingan Piala Malaysia bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa itu.

Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September.

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More