CHAT BOX DAN RADIO

di bahagian bawah blog

STADIUM Baru

Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium baru ...ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United

PIALA UNITY PUSINGAN PERTAMA

Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai

SUBRAMANIAM

Cannavaro Kelantan.. Kental pertahankan kubu Kelantan

Nurshahrul Idlan

Lincah dan Penjaring terbaik.. Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011

PEMAIN KE-12

Sokongan padu zaman berzaman

23 Januari, 2012

Dua kelab Manchester gah mendominasi liga

DUA kelab Manchester terus mendominasi tangga teratas Liga Perdana Inggeris setelah berjaya memenangi perlawanan masing-masing malam tadi.

Manchester City terus gah berada di persada liga setelah berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs 3-2 hasil jaringan Samir Nasri (56') Lescott (59') dan Mario Balotelli (90') meskipun Spurs memberi tentangan hebat dengan gol dari Jermaine Defoe (60') dan Gareth Bale (65').

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan dan membolehkan City menjaringkan gol kemenangan.

Dalam perlawanan lain, Arsenal gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tunduk kepada Manchester United 2-1.

United memperolehi jaringan awal pada separuh masa pertama menerusi Antonio Valencia pada minit ke-45 separuh masa pertama.

Robin Van Persie menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 namun begitu jaringan tersebut tidak mematahkan semangat United apabila Danny Welbeck menyumbat masuk gol kemenangan pada minit ke-81.

Chelsea pula terus kempunan untuk mendapatkan mata penuh apabila mensia-siakan peluang menentang Norwich City yang baru dinaikkan ke Liga Perdana musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tujuh gol terhasil dalam perlawanan di antara Fulham dan Newcastle yang menyaksikan anak buah Alan Pardew dibelasah 5-2 di Craven Cottage.

Dalam perlawanan tersebut, Chris Dempsey menjadi wira Fulham apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-59, 65, dan 89 manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Danny Murphy (52') dan Bobby Zamora (68').

Kenny Dalglish terus dirundung malang apabila Liverpool tewas kepada kelab bawahan, Bolton dengan keputusan 3-1 di Stadium Reebok.

Gol Bolton dijaringkan oleh Mark Davies (4'), Nigel Reo-Coker (29') dan Steinsson (50') manakala gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Craig Bellamy pada minit ke-37.

-sinar harian/sukan

06 Januari, 2012

KONTROVERSI PEMAIN IMPORT TERENGGANU

Francis Forkey Doe




KONTROVERSI baharu menyelubungi kem pasukan Terengganu.


Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu.


Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012.


Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.


Percaya dengan isi kandungan surat berkenaan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kemudian telah mendapatkan dua khidmat pemain import baharu iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.


Namun, kekeliruan mula timbul apabila Azzuddin mengesahkan yang dua pemain asing itu sebenarnya tidak layak untuk beraksi dalam Liga M sebaliknya hanya boleh diturunkan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Andai kenyataan Azzuddin itu benar, maka Terengganu yang juga juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu bakal beraksi dalam kempen Liga M musim ini tanpa seorang pun pemain import.


Situasi itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kelab-kelab penyokong bola sepak Terengganu yang menganggap FAM sebagai tidak profesional dalam melaksanakan dasarnya.


Presiden Kelab Penyokong Terengganu FC, Hazrul Hanafi berkata, apa yang dialami Terengganu kini adalah sesuatu yang sukar apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain import dalam Liga M.


“Saya sendiri tidak tahu siapa yang bersalah dalam isu ini kerana PBSNT mendapatkan khidmat Doe dan Carnietto selepas merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM.


“Dalam surat itu cukup jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftarkan pemain asing bagi kempen Liga M, “jelasnya kepada Kosmo! semalam.


Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah pula mahu FAM bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan.


Katanya, sebagai sebuah persatuan besar di negara ini, FAM sebenarnya sudah sedia maklum dengan setiap surat pekeliling yang dikeluarkan kepada persatuan negeri.


Dalam surat itu langsung tidak menyatakan ia adalah untuk pendaftaran pemain asing bagi perlawanan Piala AFC, sebaliknya jelas tertulis untuk Liga M 2012,” ujarnya.

03 Januari, 2012

2012 | TAHUN BARU SEMUANYA BARU






Majlis pelancaran Logo baru The Red Warriors (TRW), majalah rasmi dan jersey berlangsung di KTC. 
Untuk gambar klik DI SINI

30 Disember, 2011

PIALA UNITY 2 | KELANTAN AKUR


Tahniah kepada skuad Persebaya yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Uniti pertama ini. Pasukan Kelantan terpaksa akur kehebatan pasukan lawan yang dapat bermain baik dalam keadaan padang yang tidak memberi kelebihan kepada Kelantan, namun itu bukanlah alasan untuk ketua jurulatih Kelantan Peter Butler selesa dengan formasi pemain yang jelas masih lagi menampakkan keteidakserasian.


Menjelang pertemuan terakhir siri perlawanan persahabatan terakhir menentang sabtu ini, seluruh penyokong Kelantan berharap kekecewaan mereka terubat selain berharap pemain import berusaha menyakinkan mereka. Keputusan sabtu ini amat penting bagi seluruh pemain Kelantan mempamerkan aksi yang lebih menyakinkan sebelum sepak mula Piala Sumbangsih 7 januari nanti.

PIALA UNITY 1 | MALAM PENUH EMOSI





Kelebihan bermain di hadapan lebih 18,000 penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain Kelantan yang diturunkan, penyudah yang hambar serta dua pemain tewas dengan provokasi pemain lawan sehingga di layang kad merah sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan Kelantan. Kesemua pemain import gagal menyerlahkan aksi seperti yang di harapkan oleh ribuan penyokong yang hadir malah sudah ada yang menyatakan kerisauan dengan prestasi pemain-pemain import ini jika dibanding pemain tempatan yang tetap menyinar.


Mohd Ghaddar, Zakaria Charara dan Danny Antwi masih tercari-cari aksi penyudah serta persefahaman,  mereka belum lagi mampu membayangi kehebatan dua ayam tambatan Kelantan Norshahrul, Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi. Meskipun Kelantan bermain 9 orang pemain, Persebaya pula gagal menggunakan peluang 30 minit akhir ini sebaik mungkin untuk menewaskan pemain yang ada. Gol jaringan melalui rembatan deras Indra Putra pada minit ke 61 berjaya mengembalikan semangat pemain Kelantan sebelum Nik Shahrul Azim merencatkan kembali perlawanan dengan layanan kad merah kedua.
LINCAH.. Andik jaring gol penyamaan


Gol Andik Vermansya pada minit ke 85 dengan gerakan solonya menambah gundah pemain dan penyokong Kelantan. Keputusan muktamad malam tadi, Kelantan dan Persebaya dinobatkan Juara Bersama Piala Permai dan akan membuat penghitungan timbal balik di Surabaya 28 disember untuk merebut Piala Uniti.


Perlawanan ini belum mampu menilai tahap sebenar kemampuan pemain-pemain Kelantan? Dengan soalan ini apa sahaja boleh dihuraikan oleh anda. Namun sebagai penyokong fanatik kita harus sentiasa memberi sokongan padu dengan kritikan membina kepada semua pemain supaya mereka dapat memperbaiki segala kelemahan yang didedahkan nanti agar tidak berlaku lagi dalam saingan sebenar Liga Super dan masih terlalu awal meletakkan Kelantan sebagai pencabar utama saingan Piala AFC 2012.


Keyakinan anda adalah tonik semangat kepada pemain yang tidak pernah mengalah ini. The Red Warriors Never Give Up. Go More Kelate Go More.


theredwarriors.com




20 Disember, 2011

Video | SKUAD Olimpik baham Central Coast Mariners FC

SKUAD Olimpik negara menamatkan siri jelajah di Sydney, Australia dengan cemerlang apabila menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC 4-1 pada aksi persahabatan, semalam.
Pada perlawanan di padang Akademi Central Coast Mariners, Mingara itu, skuad kendalian Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi gol penyerang Ahmad Fakri Saarani di minit ke-13 selepas menolak masuk hantaran lintang Mohd Fandi Othman.

18 Disember, 2011

Format Liga Malaysia 2013-2016

Kelana Jaya, 16 Disember 2011, FAM hari telah bersidang dan memutuskan perkara seperti berikut

RW PLUS ENERGY - PENAJA TRW 2012

Ramai yang tertanya-tanya mengenai desas-desus penajaan RW Plus Energy dan ingin mengetahui siapa pemilik syarikat ini yang sanggup berkerah tenaga dan wang ringgit demi menjadi antara penaja utama yang bakal tercetak di jersi The Red Warriors 2012 ini.

Info Stadium Baru

Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan stadium yang ada dan bakal dibangunkan di Kelantan




 1. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV -
Sekarang Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan

Dua Stadium Impian Rakyat Kelantan


Dari akhbar Sinar Harian

"Tunggu dan kelihlah, ado kito gomo gi ado games gak" Inilah antara luahan kebanyakkan rakyat Kelantan di alam maya dan di kedai-kedai kopi ketika membicarakan isu dua stadium yang bakal dibina daripada KAFA dan kerajaan negeri. Mungkin luahan ini saja yang mampu mengurangkan harapan 100% rakyat Kelantan berikan kepada mana-mana pihak yang sedang merancang pembinaan stadium ini.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More